Nikon D5000

Nikon D5000

Pakej Fotografi Perkahwinan 2015

Pakej Fotografi Perkahwinan TAHUN 2015 adalah perhargaan kepada pelanggan yang menyokong kami selama ini. Bagi yang ingin kan PAKEJ BUDJET boleh lah berurusan dengan saya melalui sms/phone/whatsapp 012-2543382.
Abadikan kenangan anda di lensa DSLR kami... You Create The Moments, We Captures The Moments For You.. Any Event!!

Saturday, September 12, 2015

AKSESORI DSLR (DSLR COMBO)

“DSLR dah beli, sekarang nak beli apa lagi ye? Flash atau Lens? Kalau lens nak beli yang mana satu?” Pastinya soalan ini akan bermain-main di kepala lepas kita beli DSLR pertama. Dalam inbox pun ramai yang tanya soalan ni kat aku. Sejujurnya aku tak boleh jawab soalan ni sebab apa aksesori yang korang kena beli lepas beli DSLR bergantung pada keperluan atau style korang dalam fotografi.
Kalau nak jelas lagi, meh sini aku terangkan macam mana nak pilih aksesori mengikut keperluan.
DSLR + Drybox
Walaupun drybox bukan aksesori, tapi aku sarankan korang beli drybox. Drybox penting untuk elakkan lens korang terkena jangkitan fungus. Drybox tak mahal pun, yang paling kecik sekitar Rm200-Rm250.
Untuk pengetahuan korang, kalau untuk servis lens yang kena fungus, cas lebih kurang Rm100 ke Rm150 untuk satu lens. Kalau 2-3 lens kena fungus? So better beli drybox dulu sebelum korang beli lens tambahan.
DSLR + Flash
Kalau korang banyak ambik gambar indoor atau tempat-tempat tertutup yang kurang cahaya matahari, tak boleh disangkal lagi, korang WAJIB beli flash dulu, terutama kalau ada planning nak jadi wedding photographer. Walaupun DSLR ada built in- flash, korang percayalah, korang takkan teringin nak guna built in flash. Cubalah kalau tak percaya.
DSLR + Lens
Nak beli lens kena tengok kepada style menembak korang, kalau beli semua tapi tak pakai tak guna jugak.
Suka ambik gambar potrait – kalau suka ambik potrait, 50mm 1.8 lens yang cukup bagus untuk mula. Antara lens yang murah, tapi kualiti gambar memang superb.
Suka ambik gambar landscape – kitlens 18-55mm dah memadai. Tapi kalau nak gambar yang lebih dramatik, ambik Ultra Wide Angle seperti 10-20mm. Perlu di ingat lens UWA agak mahal, kalau bajet terhad, korang beli yang second hand.
Suka ambik gambar jauh – contohlah korang cikgu sekolah dan suka ambik gambar-gambar aktiviti ko-kurikulum, 75-300mm lens yang cukup sesuai. Takpun korang suka ambik gambar burung atau haiwan liar sebab kita tak boleh nak dekat sangat dengan subjek.
Suka ambik gambar serangga – Lens macro sesuai kalau korang suka ambik gambar benda-benda kecik terutamanya serangga. Kebiasaannya beginner memang suka ambik gambar serangga, so kalau rasa betul-betul minat dalam fotografi macro, korang beli lens macro. Lens macro pun boleh digunakan untuk ambik gambar potrait yang cantik.
So rasa-rasanya korang dalam kategori mana? 
DSLR + Battery Grip
Sangat penting kalau korang banyak ambik gambar dalam orientasi potrait atau menegak. Tapi rasanya aksesori ni beli paling last kot, tak perlu sangat.
*****
Tips di atas sesuai untuk korang yang ada bajet yang terhad. Walaupun korang ada duit yang cukup untuk beli semua, aku sarankan korang beli satu-satu aksesori terutamanya lens. Pakai dulu lens tu sehinggalah korang rasa lens tu limit untuk event-event tertentu. Bak kata mat saleh, “push to the limit”. Pastu baru beli lens yang boleh atasi limitasi tadi.

No comments:

Post a Comment